R. Kogileswaran Bakal Sertai Sebuah Kelab Pantai Timur?
Transfer
Chfc_2023
Advertisements

Sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur difahamkan menunjukkan minat untuk membawa pulang pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj.

Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan kelab liga kedua Korea, Chungbuk Cheongju FC namun bergelut untuk merebut tempat.

Kelibat beliau kali terakhir disaksikan pada bulan Mac lalu sebelum terus disisih oleh barisan kejurulatihan kelab.

Advertisements

Kudrat pemain lincah ini bagaimanapun difahamkan menarik minat salah sebuah kelab di Malaysia untuk mendapatkan khidmatnya.

Khabar angin bertiup kencang sebelum ini mengatakan bahawa terdapat usaha untuk membawa masuk bekas bintang Petaling Jaya City (PJ City) itu ke kelab di Malaysia.

Usaha ini bagaimanapun terarah kepada Terengganu yang berminat untuk mendapatkan Kogileswaran bagi jendela perpindahan kedua.

Advertisements

Perkara ini sudah pun dikongsikan oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly berkenaan khabar ini.

Beliau juga sebelum ini antara individu terawal yang melaporkan berita pemain sayap Selangor, Norhakim Hassan menyertai skuad Peteh.

Selain itu, terdapat juga berita mengenai pertukaran pemain import bagi membantu perancangan pengendali pasukan, Tomislav Steinbrückner untuk memperbaiki kedudukan pasukan.

Advertisements

Perkara ini bagaimanapun masih belum disahkan oleh pihak pengurusan Terengganu tatkala pasukan lain sudah pun mengumumkan kemasukan pemain baharu ketika ini.

Sebagai rekod, Kogileswaran hanya beraksi sekali di Korea dalam saingan Piala FA apabila membantu pasukan mencatatkan kemenangan 3-0 pada pusingan kedua kejohanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram