Rafaelson Penggempur Naturalisasi Baharu Vietnam
Asia Tenggara
MakanBola
Nam Dinh FC
Advertisements

Penyerang berbisa Nam Dinh, Rafaelson sah bakal memperkuatkan skuad kebangsaan Vietnam.

TheThao247 melaporkan penyerang berusia 27 tahun itu sah bergelar rakyat Vietnam menerusi makluman yang dihantar pada 20 September lalu.

Advertisements

Dengan pengesahan ini, Rafaelson akan dikenali menerusi nama Vietnamnya, Nguyen Xuan Son. Bagi beliau, ia satu detik yang dinantikannya buat sekian lama.

Selepas berada di Vietnam selama lima tahun, Rafaelson memiliki rasa cinta yang mendalam terhadap Vietnam. Justeru, penyerang berdarah Brazil itu berharap dapat menyumbang bakti kepada negara itu.

Advertisements

“Saya amat gembira hari ini (semalam). Hajat menjadi warganegara Vietnam akhirnya menjadi kenyataan. Saya cintakan negara ini dan akan mencuba yang terbaik di atas padang bola sepak,” katanya.

Sebelum ini, Rafaelson didaftarkan sebagai pemain naturalisasi oleh Nam Dinh untuk kempen V. League 1 musim 2024/25. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat diturunkan kerana isu kertas kerja.

Advertisements

Ketiadaan Rafaelson dirasai Nam Dinh bila mereka bertemu dengan Ha Tinh pada 14 September lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan 1-0 buat juara bertahan V. League 1 itu.

Rafaelson kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan itu dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dengan kelab Hong Kong, Lee Man.

Advertisements

Beliau menyumbat gol pembukaan Nam Dinh pada minit ke-23. Satu lagi gol pasukan itu disumbang pemain sayap Brazil, Lucas Silva.

Rafaelson dijangka membuat penampilan pertamanya dalam liga apabila Nam Dinh turun menentang Quang Nam pada 23 September.

Advertisements

Kehadiran penyerang naturalisasi itu juga bakal menggembirakan jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik. Ini kerana Rafaelson memberinya lebih banyak pilihan di bahagian serangan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober ini.

Salah satu lawan Vietnam pada bulan hadapan ialah pasukan Asia Barat, Lubnan.

Advertisements

News Comments Account