Rakhpol Sainetngam Jurulatih Baharu Thailand
UltraSukan
FA Malaysia

Bekas jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam sah memikul tugas sebagai jurulatih baharu Thailand.

SNE Sports berkongsi berita pelantikan jurulatih berusia 46 tahun itu. Pengumuman ini sekaligus mengesahkan khabar angin bahawa Thailand menjadi destinasi beliau selepas meninggalkan skuad negara.

Selepas Miguel Rodrigo mengambil keputusan untuk bersara baru-baru ini, FAT mula mengenal pasti calon yang berpotensi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Sepanyol itu.

Rakhpol menjadi pilihan bukan saja kerana pernah membimbing pasukan itu selama dua tahun. Malah, pencapaian beliau bersama Malaysia di pentas antarabangsa juga menjadi sebutan.

Rakhpol membantu skuad futsal negara layak ke Piala Asia 2026 dan memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2025.

Sentuhan beliau turut membantu skuad Malaysia B-19 meraih tempat ketiga dalam saingan ASEAN Futsal Cup B-19 2025.

Rakhpol bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai jurulatih Thailand dalam satu sidang media yang akan diadakan pada 5 Januari ini.