Rakyat Jepun Bersorak Kuat Nama Dion Cools
MakanBola
Cerezo Osaka

Rakyat Jepun telah bersorak nama tonggak Harimau Malaya, Dion Cools di stadium.

Pemain berusia 29 tahun itu meninggalkan jaguh Thailand, Buriram United selepas tiga musim bersama selain mengecapi pelbagai kejuaraan domestik di sana.

Pemain kelahiran Kuching ini bagaimanapun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu apabila bersama kelab Jepun, Cerezo Osaka dan mengisi kuota import Asia.

Nama pemain utama Harimau Malaya ini menjadi sebutan peminat dalam stadium tatkala Cerezo Osaka mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Tokyo Verdy.

Peminat mula bersorak nama Cools tatkala diumumkan berada dalam senarai skuad berdepan Tokyo Verdy namun beliau hanya berada di bangku simpanan sepanjang 90 minit permainan.

Beliau difahamkan menandatangani kontrak selama satu tahun untuk kekal di bumi Jepun sehingga tahun 2026.

Pertahanan versatil negara itu beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia menundukkan Vietnam dengan keputusan 4-0 bagi aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, Cools pernah beraksi buat Club Brugge (2015-2020), FC Midtjylland (2020-2022), Jablonec (2022) dan Buriram United 2023-2025).