Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah sah menyarung jersi Kuching City untuk baki saingan Liga Super 2024-2025.
Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Kuching City yang memperkenalkan pemain kelahiran Johor ini sebagai muka baharu pasukan.
Ramadhan yang berusia 24 tahun hanya beraksi sebanyak 3 kali sahaja bersama skuad Harimau Selatan bagi musim ini dengan dua penampilan dalam saingan Liga Super.
Sepanjang bersama JDT, Ramadhan telah menjaringkan 6 gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 57 penampilan buat juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.
Kehadiran Ramadhan dilihat mampu memberi saingan sengit di posisi serangan skuad kendalian Aidil Sharin kini diketuai Kipre Tchetche, Jordan Mintah, Pedro Henrique dan Shamie Iszuan
Sebelum ini, The Cats juga telah merekrut beberapa pemain JDT seperti Daniel Amir di awal musim dan Hazwan Bakri pada jendela perpindahan kedua ini.
Kuching City kini menduduki tangga kelima Liga Super dan bakal berdepan JDT pada 27 September hadapan dalam saingan liga.