Advertising
Ranking Bahrain Menjunam, Persiapan Ke Piala Asia Sepi
Harimau Malaya
MakanBola
Khairul/MakanBola

Kemas kini ranking FIFA menyaksikan kedudukan Bahrain semakin merudum menjelang sepak mula Piala Asia tidak lama lagi.

Gergasi Timur Tengah itu diundi dalam satu kumpulan bersama Malaysia setelah berdepan lawan yang sama pada aksi Kelayakan Piala Asia tahun lalu.

Pasukan bimbingan Juan Antonio Pizzi berada dalam momentum yang kurang cemerlang selepas menang tiga, kalah dua dan seri satu perlawanan dalam 6 aksi terakhir.

Ad

Bahrain tunduk di tangan Emeriah Arab Bersatu (UAE) selain diikat pasukan ke-143 dunia, Turkmenistan dengan keputusan 1-1 tempoh hari.

Ad

Menerusi ranking di laman FIFA, Bahrain berada pada kedudukan ke-85 dunia pada bulan April namun berjaya melonjak ke tangga 83 dunia.

Kedudukan pasukan bagaimanapun kembali jatuh pada kemas kini bulan Disember apabila menghuni tangga ke-86 dunia.

Ad

Bahrain juga hanya dipisahkan satu tangga dengan satu lagi pasukan yang menjadi lawan Malaysia iaitu Jordan (ke-87 dunia).

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai senarai pemain yang bakal dibawa ke kem latihan pusat sebagai persediaan ke Qatar.

Bahrain akan bertemu Malaysia pada 20 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub dengan anak didik Kim Pan-gon melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.