Ranking FIFA: Malaysia Di Tangga Ke-132 Dunia Selepas Tamat Piala Asia 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 di tangga ke-132 dunia secara rasmi.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya meraih satu mata hasil keputusan seri 3-3 berdepan Korea Selatan bagi aksi terakhir Kumpulan E.

Keputusan itu bagaimanapun tidak cukup untuk membantu bagi memperbaiki kedudukan negara selepas tewas dua aksi pembukaan berdepan Jordan dan Bahrain.

Advertisements

Menerusi kemas kini kedudukan semasa oleh FIFA, Malaysia turun dua tangga ke kedudukan 132 dunia berbanding kedudukan 130 dunia sebelum kejohanan berprestij itu bermula.

Harimau Malaya kini mengumpul 1110 mata namun dipintas oleh Solomon Islands (ke-131 dunia) dengan 1113 mata.

Malaysia kini berada di tangga ke-3 pasukan Asia Tenggara selepas Thailand (ke-101 dunia) dengan 1206 mata dan juga Vietnam (ke-105 dunia) dengan 1194 dunia.

Advertisements

Cabaran seterusnya menanti skuad negara adalah aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram