Ranking FIFA Malaysia: Pasukan kebangsaan berpeluang untuk memungut mata penting di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk melonjakkan kedudukan negara dalam ranking FIFA.
Harimau Malaya akan memulakan kempen penting berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dalam misi meraih tiga mata pertama di laman sendiri.
Skuad negara dijadualkan berdepan dua aksi pada bukan November ini dengan Taiwan bakal menjadi lawan kedua di tempat lawan pada 21 November ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan bakal memberikan tambahan mata FIFA yang cukup signifikan buat pasukan bimbingan Kim Pan-gon.
Mata semasa Malaysia kini adalah 1096.72 dan jika berjaya mencatatkan keputusan positif ke atas Kyrgyzstan, Malaysia mampu memperoleh mata maksimum sebanyak +15.49 mata sekaligus memperoleh mata baharu sebanyak 1112 mata.
Jumlah mata terkini bakal menyaksikan Malaysia berpeluang untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia iaitu di tangga ke-130 dunia sekaligus memintas pasukan seperti Sudan, Nicaragua, Lithuania dan juga Latvia.
Kedudukan ini bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pertembungan beberapa pasukan seperti Sudan yang akan berdepan Togo, Latvia menentang Croatia dan lain-lain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.
Kemenangan berdepan Taiwan di laman lawan akan membolehkan Malaysia mengumpul mata keseluruhan menjadi 1123.26 mata untuk naik ke tangga 129 dunia.