Ranking FIFA: Thailand Pecah Rekod 18 Tahun
MakanBola
Changsuek

Pasukan kebangsaan Thailand berjaya memecahkan rekod 18 tahun ranking FIFA pasukan.

Skuad kendalian Anthony Hudson cemerlang menjadi salah sebuah daripada empat pasukan Asia Tenggara yang melangkah ke pentas Piala Asia 2027.

Kemenangan 2-1 ke atas Turkmenistan pada aksi terakhir Kumpulan D itu memastikan skuad Perang bersama-sama Vietnam, Indonesia dan Singapura ke Piala Asia.

 Sebagai rekod, Thailand mengumpul 15 mata daripada enam perlawanan, menjaringkan 16 gol dan bolos lima kali sepanjang tempoh kelayakan.

Kejayaan ini diserikan dengan peningkatan mendadak ranking FIFA Thailand apabila melonjak lima tangga ke kedudukan 93 dunia ketika ini dengan 1252.14 mata.

Peningkatan ini juga berjaya memecahkan rekod selama 18 tahun pasukan kebangsaan Thailand selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2008.

Thailand ketika ini berjaya mengekalkan rekod selaku pasukan terbaik di Asia Tenggara dan menduduki tangga ke-14 negara terbaik di Asia.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand menang kesemua lima perlawanan terakhir pasukan selepas kali terakhir tewas kepada Iraq pada September, tahun lalu.