Ranking Futsal FIFA: Malaysia mengalami penurunan dua tangga ketika ini sementara Indonesia turut merudum ke tangga 42 dunia.
Malaysia mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tidak memperagakan persembahan sebenar pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari.
Bertemu Iraq dan Uzbekistan, anak didik Rakphol Sainetngam tewas kedua-dua akai tersebut sekaligus menutup peluang untuk mara.
Kemenangan berdepan Kemboja dengan keputusan 5-2 mengubat kedukaan tersebut dan memberikan tambahan mata yang diharapkan.
Berdasarkan kemas kini terbaru, Malaysia mengalami penurunan kedudukan dari tangga ke-77 dunia kepada 79 dunia dengan 852 mata.
Kedudukan ini menyaksikan Myanmar berjaya memintas Malaysia setelah naik 5 tangga untuk berada pada kedudukan ke-78 dunia.
Antara perkembangan lain ialah Indonesia turun mengalami penurunan ke kedudukan 42 dunia dengan 1083 mata setelah dipintas oleh Vietnam yang kini menjadi pasukan ke-2 terbaik Asean di belakang Thailand yang merupakan pasukan ke-25 dunia ketika ini.
Skuad negara difahamkan bakal menyertai Kejohanan Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia pada Februari serta Kejuaraan AFF yang difahamkan akan berlangsung di Thailand.