Advertisement
Ranking India Merudum, Peluang Buat Malaysia Mengganas
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ranking terbaru yang dikemas kini oleh badan induk FIFA menyaksikan India turun tiga anak tangga menjelang pertemuan menentang Malaysia.

Aksi Pestabola Merdeka menyaksikan Harimau Malaya akan berdepan cabaran India setelah hampir sedekad kejohanan berprestij Asia ini tidak diadakan.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik selepas mencatatkan dua keputusan luar biasa menentang China dan Syria dalam aksi persahabatan September lalu.

Malaysia berjaya mengikat Syria dengan keputusan 2-2 sebelum merantai pasukan ke-80 dunia, China dengan jaringan 1-1 di gelanggang lawan.

Keputusan itu melonjakkan kedudukan negara ke tangga 134 dunia, naik dua anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya.

Mata FIFA terkini Malaysia ialah 1094.9 mata dan dipisahkan dua tangga dengan pesaing ASEAN, Filipina yang berada di tangga 132 dunia dengan 1099.29 mata.

Kedudukan ini juga menyaksikan Harimau Malaya berada pada landasan yang terbaik untuk memburu kelompok 120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya pada tahun 2006.

Nasib berbeza pula buat India yang melalui detik sukar selepas kehilangan -3.08 mata di King’Cup tempoh hari.

India kini mengumpul 1024.88 mata dan menghuni tangga ke-102 dunia.

Persembahan longlai berdepan Lubnan dan Iraq menyaksikan India kini dalam fasa terburuk sebelum menghadapi Pesta Bola Merdeka, Oktober ini.