Advertisements
Ranking FIFA: Malaysia Naik Dua Tangga, Kini Ke-134 Dunia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan apabila melonjak dua anak tangga berdasarkan kemas kini terbaru FIFA.

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA menyaksikan Harimau Malaya melonjak ke tangga 134 dunia.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon melalui detik terbaik apabila berjaya mengikat dua pasukan tangga 80 dunia iaitu China dan Syria di tangga ke-94 dunia.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +3.33 mata FIFA dan membantu pasukan melonjak ke kedudukan yang lebih baik.

Mata FIFA terkini Malaysia ialah 1094.9 mata dan dipisahkan dua tangga dengan pesaing ASEAN, Filipina yang berada di tangga 132 dunia dengan 1099.29 mata.

Kedudukan ini juga menyaksikan Harimau Malaya berada pada landasan yang terbaik untuk memburu kelompok 120 terbaik dunia selepas kali terakhir berjaya melakukannya pada tahun 2006.

Pasukan kebangsaan berjaya memintas Latvia dan Antigua dan Barbuda yang mencatatkan keputusan negatif pada aksi FIFA September ini.

Peluang terbaik ini menyaksikan Malaysia dalam kedudukan terbaik sebelum berhadapan dengan pasukan ke-102, India yang mencatat penurunan anak tangga dalam aksi Pestabola Merdeka, Oktober ini.