Advertisement
Ranking Masa-Nyata FIFA: Wales ‘Bantu’ Malaysia Kukuhkan Kedudukan Terbaik Dekad Ini
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Pasukan kebangsaan Filipina membuat kejutan untuk menjarakkan diri dengan Malaysia apabila kini menghampiri kedudukan 120 terbaik dunia.

Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China.

Harimau Malaya berjaya mengukuhkan kedudukan terbaik di tangga 136 dunia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2011 di tangga ke-138 FIFA.

Dua keputusan seri itu menyaksikan Malaysia memungut tambahan +3.33 mata untuk membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi 1094.9 mata.

The Azkals bagaimanapun mencipta kejutan untuk menewaskan Afghanistan dengan keputusan 2-1 unthk memungut tambahan +3.93 mata sekaligus melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga 132 dunia.

Kedudukan ini dipengaruhi oleh kekalahan pasukan ke-132 dunia, Latvia di tangan Wales dalam satu aksi Kelayakan Euro dengan keputusan 2-0.

Sebelum ini, Latvia ditolak -1.93 mata FIFA selepas tewas 5-0 dan sekali lagi kehilangan -4.27 mata kepada Wales sekaligus jatuh ke tangga 138 dunia dengan 1089.99 mata.

Rwanda pula berjaya mengikat pasukan Piala Dunia, Senegal dalam satu aksi Kelayakan Piala Negara Afrika untuk melonjak ke tangga 133 dunia.

Kedudukan akhir menyaksikan Filipina menjarakkan diri dari Malaysia dengan 1099.29 (ke-132 dunia) dan Harimau Malaya di tangga 136 FIFA (1094.9 mata).