Ranking JDT Mencanak Naik, 3 Gergasi Jepun Terduduk
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kemajuan ranking Johor Darul Ta’zim (JDT) menyebabkan tiga kelab gergasi Jepun berputih mata.

Prestasi cemerlang skuad kendalian Hector Bidoglio membantu peningkatan mendadak ranking FIFA juara bertahan Liga Super itu.

Ad

Aksi mengagumkan ketika aksi AFC Champions League Elite (ACLE) juga menyaksikan JDT terus menapak hebat dalam kelompok 10 kelab terbaik di Asia.

Ad

Laman analisis bola sepak terkemuka di dunia iaitu Opta Analyst meletakkan JDT pada kedudukan ke-8 di Asia dengan 80.0 mata (245 di dunia) berdasarkan kemas kini semasa.

Peningkatan ini membolehkan skuad Harimau Selatan memintas tiga buah kelab gergasi Jepun (J-League) iaitu Kashima Antlers (9), Kawasaki Frontale (10) dan juga Yokohama FM yang menghuni tangga ke-11 Asia.

Ad

JDT kekal menjadi jaguh di rantau Asia Tenggara selaku pasukan terbaik ketika ini disusuli oleh kelab besar Thailand, Buriram United pada tangga ke-35 Asia.

Ad

Beberapa kelab lain turut menyusuri langkah JDT seperti Bangkok United (68), Selangor (112) dan juga Muangthong United (127).

Ad

Ujian mencabar menanti JDT terutamanya bagi aksi ACLE apabila bakal menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari ini.