Advertising
Statistik Buktikan Jentera Serangan JDT Meledak Tak Kira Masa
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan ketajaman jentera serangan setiap kali di hadapan gawang lawan.

JDT ketika ini mendahului carta Liga Super dengan mengutip 52 mata selepas 17 perlawanan, 13 mata di hadapan pasukan pencabar, Selangor yang berada di tangga kedua ketika ini.

Pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini juga cemerlang meraih kejuaraan Piala FA musim ini apabila menumbangkan Selangor pada Ogos lalu Bukit Jalil.

Ad

JDT juga semakin hampir untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini apabila akan menentang Terengganu berbekalkan kelebihan 4 jaringan di aksi separuh akhir kedua pada Sabtu ini.

Ad

Malah di peringkat Asia juga JDT mempamer prestasi positif dengan berada di tangga ke-6 AFC Champions League Elite (ACLE) dan berpeluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan ini telah menjaringkan 117 gol sepanjang musim ini bagi kesemua kejohanan yang disertai sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Ad
Ad

Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Johor Southern Tigers menyaksikan statistik jaringan yang dihasilkan oleh JDT musim ini mengikut pecahan masa 90 minit permainan.

Ad

Daripada maklumat tersebut, JDT telah menjaringkan 12 gol dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan tatkala meledak 16 jaringan di antara minit ke-16 sehingga minit ke-30 aksi.

Dalam baki 15 minit terakhir babak pertama, anak-anak buah Hector Bidoglio ini cemerlang mencipta 19 jaringan bagi aksi musim ini.

Pada permulaan 15 minit pertama di babak kedua, JDT telah merekodkan 17 jaringan dan statistik ini meningkat ke 23 gol dan 30 jaringan pada setiap 15 minit yang berikutnya.

Ujian seterusnya menanti JDT adalah berdepan Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu ini dengan sepak mula tepat jam 5.30 petang.