Advertising
Liga Super: JDT Perlu Dua Kemenangan Untuk Muncul Juara Kali Ke-11
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak miliki peluang cerah untuk muncul juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.

Saingan Liga Super sudah memasuki minggu ke-19 ketika ini yang menyaksikan JDT melakar kemenangan ke-17 musim ini apabila menewaskan Terengganu di Gong Badak pada Sabtu lalu.

Ad

Gol tunggal oleh perancang tengah, Juan Muniz memastikan 3 mata berjaya dibawa pulang oleh pasukan Harimau Selatan ini untuk terus berada di takhta Liga Super dengan mengutip 52 mata.

Ad

Sementara pesaing terdekat, Selangor sekadar meraih satu mata apabila diikat oleh Penang 1-1 sekaligus membuatkan jurang dengan JDT kini semakin bertambah kepada 13 mata ketika ini.

Jurang sebanyak 13 mata antara JDT dan juga Selangor ini tampak sukar digugat dengan hanya 6 perlawanan berbaki sebelum saingan Liga Super musim 2024-2025 melabuhkan tirainya.

Ad

Berdasarkan perkiraan, JDT memerlukan 2 lagi kemenangan dalam baki 6 perlawanan lselepas ini bagi memastikan trofi Liga Super terus kekal di bumi Johor buat kali ke-11 berturut-turut.

Ad

Menurut kapten JDT, Matthew Davies, walaupun hanya perlu mencari dua lagi kemenangan namun mereka tetap berkerja keras untuk mendapatkan 6 kemenangan penuh dalam aksi selepas ini.

Ad

”Amat bangga (dengan pencapaian JDT), dengan baki 6 aksi terakhir dan perlukan 2 kemenangan ketika ini, masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan,” ujar Matt Davies.

“Kami mahu 6 kemenangan (6 perlawanan terakhir) itu,” kata Matt kepada Malaysian Football League (MFL).

6 aksi terakhir Liga Super melibatkan JDT adalah menentang PDRM, Perak, Penang, Kedah, Kelantan Darul Naim sebelum mengakhiri saingan berdepan Kuching City pada 13 April di laman sendiri.