Advertising
Liga Super: JDT Harungi Aksi Sukar Atasi Terengganu
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Liga Super minggu 19 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) lega memastikan kekalahan kedua berturut-turut buat Terengganu.

Beraksi di laman sendiri, skuad kendalian Badrul Afzan tanpa 4 tonggak utama jelas bergelut untuk mendapatkan rentak.

Peluang itu dimanfaatkan oleh Juan Muniz apabila meledak gol seawal minit ke-13 menewaskan Rahadiazli Rahalim.

Ad

Percubaan terbaik oleh Sang Peteh hadir menerusi tandukan Akhyar Rashid namun tidak tepat ke sasaran.

Ad

Bersambung babak kedua, jentera serangan tuan rumah menggandakan serangan untuk mencari jaringan penyamaan.

Ad
Ad

Perlawanan berlangsung seimbang dengan barisan pertahanan Terengganu teratur dalam menyerap tekanan jentera serangan JDT.

Ad

Beberapa pertukaran penting oleh Terengganu tidak mengubah keputusan perlawanan pada malam ini.

Aksi tamat dengan kemenangan 1-0 memihak JDT buat kali kedua di Gong Badak setelah aksi separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari.

JDT dan Terengganu akan berentap sekali lagi bagi aksi timbal balik Piala Malaysia pada 1 Februari ini.