Ranking Masa-Nyata FIFA: Indonesia memperagakan persembahan cemerlang apabila berjaya naik dua tangga dan menembusi kelompok 130 terbaik dunia.
Skuad kendalian Shin Tae-yong memperagakan aksi cemerlang untuk mengikat Australia dengan keputusan 0-0 di laman sendiri.
Keputusan seri ini merupakan kali kedua direkodkan selepas berjaya merantai Arab Saudi tempoh hari di tempat lawan.
Satu mata yang diperoleh berdepan Australia membolehkan Indonesia meraih tambahan +8.57 mata untuk mengumpul mata keseluruhan menjadi 1124.18 mata dan melonjak ke tangga 130 dunia.
Peningkatan dua tangga itu membolehkan Sang Garuda memintas beberapa buah pesaing terdekat seperti Nicaragua (131) dan juga Malaysia (132).
Indonesia kini merekodkan dua keputusan seri selepas dua aksi peringkat kumpulan setakat ini selain berjaya mendapatkan tambahan mata penting untuk memperbaiki kedudukan semasa.
Ujian berikutnya buat Indonesia adalah berdepan Bahrain pada 11 Oktober 2024 di laman lawan untuk merebut slot 4 terbaik dalam kumpulan.