Advertising
Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Malaysia Selepas Tewas Kepada Thailand
MakanBola
FA MALAYSIA

Kedudukan Ranking Masa-Nyata FIFA Malaysia tidak berubah selepas tewas tipis kepada Thailand.

Harimau Malaya beraksi baik pada babak pertama namun kesilapan Haziq Nadzli pada babak kedua menyaksikan skuad negara tewas tipis.

Ad

Anak buah Pau Marti akur tewas kali pertama pada saingan peringkat kumpulan dengan keputusan tipis 1-0.

Ad

Berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA, Harimau Malaya kehilangan -1.98 mata untuk mengumpul 1115.5 mata secara keseluruhan.

Malaysia bagaimanapun kekal pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (124).

Ad

Ujian berikutnya buat Harimau Malaya adalah aksi menentang Singapura pada 20 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ad

Malaysia ketika ini berada pada tangga ketiga kumpulan dengan 4 mata manakala Thailand di tangga teratas dengan 6 mata.

Ad