Advertising
Malaysia Tewas Bermaruah Kepada Thailand
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Malaysia terpaksa akur tewas tipis dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan A Asean Mitsubishi Electric Cup setelah kecundang di tangan Thailand.

Setelah meraih kemenangan tipis ke atas Timor Leste, skuad negara terbang ke Bangkok untuk berdepan juara bertahan, Thailand yang masih segar dengan kemenangan 10-0 dalam aksi pertama.

Ad

Kapten Harimau Malaya, Syamer Kutty kembali disenaraikan di dalam kesebelasan utama sambil Suphanat Muenta serta Seksan Ratree menjadi taruhan Thailand di sebelah sayap.

Ad

Tuan rumah bermula garang dengan asakan hebat menerusi gerakan Suphanat Muenta di sayap kanan namun penyudah oleh Patrik Gustavsson dan Seksan Ratree menghampakan.

Ad

Anak didik Pau Marti tidak duduk diam dan tetap mengatur serang hasil larian Haqimi Azim dan juga Adib Raop namun tiada penyerang yang bersedia menyambar di dalam kotak penalti.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Thailand 0-0 Malaysia.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-57 apabila kesilapan penjaga gol, Haziq Nadzli dihukum oleh Patrik Gustavsson untuk meletakkan Thailand di hadapan.

Endrick Dos Santos miliki peluang terbaik untuk meledak gol penyamaan namun voli tonggak Ho Chi Minh City itu berjaya ditepis keluar penjaga gawang Thailand, Patiwat Khammai.

Pertarungan di Stadium Rajamangala berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Thailand.

Aksi peringkat kumpulan A seterusnya menyaksikan Thailand akan bertandang ke Singapura pada 17 Disember sementara Malaysia akan berehat sebelum bertemu Singapura pada 20 Disember.