Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia terlepas peluang untuk menambah baik kedudukan selepas tunduk di tangan New Zealand.
Aksi yang berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik bagi melakar kemenangan.
Kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 4-0 sekaligus terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA.
Berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata FIFA, kemenangan ke atas New Zealand menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk memungut tambahan mata.
Malaysia kehilangan -3.72 mata FIFA sekaligus memgumpul 1113.92 mata dan turun satu tangga ke kedudukan 133 dunia berbanding 132 dunia sebelum ini.
Skuad negara kekal menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (100), Vietnam (116) dan Indonesia (127).
Malaysia bakal mengharungi satu aksi persahabatan menentang India pada bulan November ini.