Advertising
Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Hilang Mata Penting Angkara Kemboja
MakanBola
FA MALAYSIAP

Malaysia kehilangan mata penting bagi ranking FIFA angkara diikat Kemboja.

Skuad kendalian Pau Marti bermula baik namun dihukum dengan dua jaringan babak kedua Kemboja.

Ad

Keputusan mengejutkan itu memberi kesan kepada kedudukan Harimau Malaya setelah seri 2-2 di tangan pasukan ke-180 dunia pada aksi pembukaan ASEAN Championship.

Ad

Malaysia akur dengan tentangan hebat lawan dan berterima kasih dengan jaringan penyamaan pemain gantian, Fergus Tierney.

Berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA, Malaysia kehilangan -0.9 mata hasil keputusan tersebut dan mengumpul 1116.15 mata ketika ini.

Ad

Skuad negara kekal pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (125).

Ad

Ujian berikutnya buat skuad negara adalah cabaran Timor Leste pada 11 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad