Ranking Masa-nyata FIFA: Malaysia mencatatkan kemajuan ranking FIFA selepas melonjak 5 tangga susulan kejayaan mengikat India.
Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA hasil kemenangan berdepan pasukan ke-187 dunia, Laos di Thailand tempoh hari.
Rentak cemerlang itu diteruskan sungguhpun tidak memiliki tiga tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan juga Matthew Davies.
Malaysia berjuang sehabis baik di Hyderabad berdepan pasukan ke-125 dunia, India dan meraih tambahan +0.16 mata FIFA hasil keputusan seri 1-1.
Kejayaan itu memastikan Harimau Malaya meraih tambahan +3.13 mata FIFA untuk mengumpul 1117.05 mata secara keseluruhan dan melonjak 5 tangga ke kedudukan 128 dunia.
Harimau Malaya kini menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (96), Vietnam (119) sekaligus memintas kedudukan Indonesia (129).
Pau Marti juga melebarkan rekod kemenangan keempat bersama Harimau Malaya selepas menundukkan Filipina, Lubnan dan juga Laos.
Ujian berikutnya buat skuad negara adalah aksi ASEAN Cup 2024 yang dijadualkan bermula Disember ini.