Razman Roslan Anggap Pesaing Afiq Fazail Terlalu Ramai
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menganggap kedudukan Afiq Fazail terlalu ramai ketika ini dalam usahanya untuk merebut tempat ke Piala Asia.

Pemain berusia 29 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk beraksi buat skuad kebangsaan di pentas tertinggi Asia itu namun yakin semuanya terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Beliau tahu bahawa peranan seorang pemain adalah untuk memberikan yang terbaik setiap kali peluang diberikan kepadanya.

Advertisements

Menurut pandangan Razman pada wawancara Nindia Bola, pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah pasti menghadapi detik sukar apabila persaingan pada posisi tersebut menjadi rebutan ramai pemain.

“Pada saya bahagian tengah ini menjadi kesukaran buat Kim Pan-gon kerana ramai pemain boleh diletakkan pada posisi tersebut.”

Perkara ini disokong oleh Nizaruddin Yusof yang merasakan bahawa pemain ini beraksi baik ketika berdepan Chinese Taipei tempoh hari.

Advertisements

“Afiq bermain lawan Chinese Taipei dan kita menang 1-0. Jadi bagi saya tugasan itu dia berjaya laksanakan terutamanya untuk membantu bahagian pertahanan.”

“Kita tahu apabila Afiq beraksi buat JDT, beliau banyak melakukan hantaran lolos kepada penyerang tetapi bagi saya beliau berjaya beraksi dengan baik bersama Malaysia,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perjalanan Harimau Malaya ke Piala Asia berbaki kurang sebulan dengan semua mata tertumpu kepada barisan pemain yang bakal dibawa oleh Kim Pan-gon ke Qatar bagi memperbaiki pencapaian skuad kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram