Razman Roslan Jumpa Formula Indonesia Cemerlang Di Piala Asia B-23
Asia Tenggara
Haziq/MakanBola
Advertisements

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan merungkai formula yang membolehkan Indonesia cemerlang di pentas Piala Asia B-23.

Skuad kendalian Shin Tae-yong mencipta kejutan alabila mara ke pentas separuh akhir di Qatar dan menjadi wakil tunggal Asia Tenggara.

Pasukan senior Sang Garuda juga mengharungi kempen yang amat cemerlang pada awal tahun ini apabila mara ke pusingan kalah mati sebelum tumpas di tangan Australia.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh Razman Roslan, beliau melihat kesinambungan yang wujud antara skuad muda dan senior telah mewujudkan persefahaman yang utuh dalam kalangan pemain.

Hal ini susulan sebahagian besar daripada pemain dalam skuad senior masih boleh beraksi buat pasukan muda Indonesia sekaligus memberikan kelebihan besar buat pasukan tersebut.

Advertisements

“Indonesia sudah mempunyai skuad yang baik ini agak lama sebenarnya. Sebelum ini, mereka bersama skuad kebangsaan (senior) masih belum nampak kewibawaan tetapi apabila bersama skuad b-23, nampak ada kesan kerana sudah dua tiga tahun beraksi bersama.”

Perkara ini menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat tatkala skuad muda Malaysia pulang awal dengan tangan kosong.

Advertisements

Razman bagaimanapun yakin pelbagai faktor telah memberi kesan kepada persembahan anak didik Juan Torres mahupun Kim Pan-gon.

Beliau juga melihat faktor Shin Tae-yong menjadi jurulatih B-23 didorong oleh ramai pemain senior dalam skuad muda Indonesia telah memudahkan urusan pengendali Korea Selatan itu.

Advertisements

“Saya rasa mungkin jurulatih Indonesia itu ramai pemain senior mereka dalam skuad B-23, mungkin itu juga memudahkannya, bukan seperti kita (Malaysia),” jelas Razman Roslan ketika ditemui di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya.

Indonesia kini dalam perebutan tempat ke-3 bagi membolehkan mereka layak ke Sukan Olimpik di Paris.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram