Shin Tae-yong: Indonesia Masih Berpeluang Ke Sukan Olimpik
Asia
PSSI
Advertisements

Jurulatih skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23), Shin Tae-yong melihat pasukan itu masih berpeluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Indonesia turun menentang Uzbekistan dalam aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 dengan misi memburu kemenangan.

Ini kerana mana-mana pasukan yang meraih kemenangan di peringkat separuh akhir bakal mengisi dua slot automatik kelayakan ke Sukan Olimpik.

Advertisements

Malangnya, hajat anak buah Tae-yong untuk mendapatkan kemenangan disekat Uzbekistan. Pasukan Asia Tengah itu mara ke final selepas membenam cabaran Indonesia 2-0.

Jurulatih Korea Selatan itu mengakui Tim Garuda sudah memberikan yang terbaik tetapi Uzbekistan memiliki kualiti untuk mara ke final.

Advertisements

Pada masa sama, Tae-yong percaya perjuangan Indonesia memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik masih belum berakhir. Justeru, beliau percaya pasukan itu akan bangkit bila menentang Iraq untuk penentuan tempat ketiga/keempat kejohanan.

“Saya hargai kerja keras para pemain dan staf kejurulatihan. Pasukan Uzbekistan B-23 bermain dengan bagus. Ada beberapa perkara yang membimbangkan saya tetapi saya tak mahu bercakap tentang perkara itu.

Advertisements

“Indonesia B-23 masih berpeluang layak ke Sukan Olimpik jadi kita akan mengatur persediaan yang bagus untuk perlawanan menentang Iraq.

“Saya yakin dengan diri saya dan para pemain. Kami semua percaya kami akan layak ke Sukan Olimpik. Walau bagaimanapun, pemain kelihatan penat dari segi mental dan fizikal.

Advertisements

“Indonesia B-23 masih mempunyai perlawanan penting sehingga 2 Mei, jadi mereka perlu berehat dan bersedia dengan baik untuk perlawanan seterusnya,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti yang dilaporkan The Thao 247.

Indonesia bakal berdepan Iraq untuk aksi penentuan tempat ketiga/keempat Piala Asia B-23 pada 2 Mei ini. Pemenang perlawanan akan mengiringi Jepun dan Uzbekistan ke temasya berprestij itu.

Sekiranya Tim Garuda gagal mendapat tempat ketiga, mereka perlu berhadapan dengan Guinea untuk aksi play-off kelayakan Sukan Olimpik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram