Razman Roslan: Kalau Dua Aksi Lawan Timor Leste Tak Payahlah
MakanBola
Astro Arena

Bekas pertahanan negara, Razman Roslan mahu melihat skuad Malaysia memperoleh aksi kompetitif bertaraf tinggi sebelum berdepan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Beliau dalam satu perkongsian bersama Nindia Bola memberitahu bahawa perancangan tersusun harus dirangka oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi mempersiapkan pasukan.

Ad

Baru-baru ini, Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa skuad kebangsaan akan menjalani persiapan pada bulan Februari sama ada dalam negara atau di Dubai.

Ad

Hal ini bagi memastikan persiapan pasukan berjalan lancar sebelum berdepan pasukan ke-74 dunia ranking FIFA itu.

Mengulas lanjut, Razman mahu melihat skuad kebangsaan mendapatkan sekurang-kurangnya dua aksi bertaraf tinggi untuk mengekalkan rentak terbaik ketika ini.

Ad

“Liga kita tengah berhenti, itu akan menjadi masalah kepada kita. Dua aksi sahaja tidak cukup, kerana kalau seperti biasa liga berlangsung setiap minggu.”

Ad

“Yang penting siapa menjadi lawan kita, kalau Timor Leste tak payahlah,” ujarnya kepada Astro Arena.

Ad

Nizaruddin Yupaf pula berharap agar pada pemain negara dalam menjaga diri dan mengekalkan tahap kecergasan untuk berada pada momentum terbaik sebelum berdepan Oman.

Malaysia menutup tirai aksi di Piala Asia 2023 dengan meraih satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan.