Rekod Buruk Man United ‘Berjangkit’ Selama Dua Tahun
EPL
Manchester United
Advertisements

Selepas tewas kepada Newcastle United awal pagi ini, Man United masih belum mampu memadamkan rekod buruk mereka di tempat lawan.

Rekod buruk yang dimaksudkan ialah meraih kemenangan ke atas pasukan yang menduduki kedudukan lapan teratas liga di gelanggang lawan.

Kali terakhir kemenangan ini dapat dicapai ialah ke atas West Ham United pada 19 September 2021. Pada ketika itu, The Red Devils dibimbing oleh penyerang legenda mereka dari Norway, Ole Gunnar Solskjaer.

Advertisements

Biarpun pada awalnya ketinggalan menerusi gol Said Benrahma, pelawat memastikan kemenangan jadi milik mereka menerusi Cristiano Ronaldo dan Jesse Lingard.

Sejak itu, United mula bergelut dan Solskjaer kemudiannya dibuang tidak lama kemudian. Ralf Rangnick yang dilantik sebagai pengendali sementara pada musim 2021-2022 gagal menamatkan rekod tersebut.

Dan kini, pengurus Belanda, Erik ten Hag dilihat tidak mempunyai jawapan kepada rekod tersebut.

Advertisements

Biarpun mendapat sokongan kelab termasuk pembelian pemain-pemain yang mahal, The Red Devils terus bergelut untuk mendominasi lawan di luar Old Trafford.

Ini mengundang persoalan berapa lama tempoh yang diberi kepada ten Hag untuk mengubah situasi ini dengan segera.

Walaupun bakal pemilik saham minoriti, Sir Jim Ratcliffe dikatakan masih memberi sokongan kepada pengurus Belanda itu, keadaan boleh berubah pada bila-bila masa.

Advertisements

Dengan United berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan di luar kedudukan empat teratas liga, dua perkara ini mampu mengakibatkan ten Hag disingkirkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram