Rekod ‘Lemau’ Iringi Jeonbuk Hyundai Hadapi Selangor
MakanBola
AFC
Sponsors

Jeonbuk Hyundai membawa rekod lemau untuk lima perlawanan terkini mereka sebelum bertemu Selangor FC sekali lagi pada 7 November ini dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2).

Jeonbuk yang kini dibimbing Kim Do-heon masih tercari-cari kemenangan dalam lima perlawanan terdahulu.

Ad

Untuk rekod, Jeonbuk hanya mencatatkan keputusan seri satu kali dan menanggung empat kekalahan yang mana salah satunya kekalahan itu adalah kepada Selangor dalam saingan ACL2.

Ad

Pastinya Jeonbuk mahu kembali mendapatkan rentak kemenangan yang sudah lama tidak dikecapi lebih-lebih lagi perlawanan bertemu Selangor ini akan dilangsungkan di ‘rumah’ mereka sendiri.

Sebelum ini, Kim Do-heon telah menyuarakan keyakinan untuk meraih keputusan yang positif apabila berdepan Selangor sekali lagi di pentas Asia.

Ad

“Bila kami bertemu (Selangor) lagi di perlawanan seterusnya, ianya adalah di tempat sendiri jadi kami akan mencuba sehabis baik untuk mencipta kemenangan,” jelas Kim Do-heon dalam sesi sidang media selepas perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ad

Jeonbuk kini berada di tangga kedua Kumpulan H ACL2 dengan mengumpul 6 mata selepas 3 perlawanan dan hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu kumpulan iaitu Selangor yang mengutip 7 mata setakat ini.

Ad