Advertisements
Jeonbuk Hyundai ‘Tunggu’ Selangor Di Korea
ACL
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors

Jeonbuk Hyundai akan menunggu perlawanan bertemu Selangor FC yang bakal dilangsungkan November depan di Korea Selatan bagi membalas semula kekalahan yang dialami mereka dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) pada Rabu.

Perkara tersebut disuarakan pengendali Jeonbuk, Kim Do-heon dalam sidang media selepas selesai perlawanan bertemu Selangor.

Selain itu, formasi yang diterapkan Selangor iaitu dengan meletakkan lima pemain di bahagian pertahanan telah menyukarkan pemain Jeonbuk untuk mencipta jaringan.

“Konsentrasi kami ketika situasi bola mati (Selangor) telah menyebabkan kami dibolosi. Ianya agak mengecewakan tapi kami mencuba yang terbaik untuk kembali ke dalam permainan dan menguasai perlawanan.

“Tetapi mereka (Selangor) mengubah formasi kepada 5-4-1, ianya agak sukar buat kami (Jeonbuk) mencari ruang. Dari sudut positif, pemain sudah memberikan yang terbaik.

“Bila kami bertemu (Selangor) lagi di perlawanan seterusnya, ianya adalah di tempat sendiri jadi kami akan mencuba sehabis baik untuk mencipta kemenangan,” jelas Kim Do-heon dalam sesi sidang media selepas perlawanan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Jeonbuk dan Selangor akan bertemu sekali lagi dalam aksi ACL2 seterusnya pada 7 November depan dengan bakal menyaksikan giliran Jeonbuk pula menjadi tuan rumah.

Pada aksi Selangor dan Jeonbuk di Stadium MBPJ, Selangor menampilkan aksi luar biasa apabila memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan ACL2 musim ini.