Advertisements
ACL2: Selangor ‘Diamkan’ Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ
ACL
MakanBola
Selangor FC

Aksi saingan saingan AFC Champions League 2 (ACL2) menyaksikan Selangor berjaya mencipta kejutan menewaskan Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan bagi perlawanan ketiga saingan ACL2 kumpulan H.

Selepas setengah jam permainan, Selangor berjaya mendahului menerusi ketua pasukan, Harith Haiqal bagi gol pertama pasukan. 

Kemudiannya, selang tiga minit permainan, penyerang Import Selangor, Ali Olwan menghadiahkan jaringan kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran lolos daripada Noaa Laine.

Pada minit ke-40 permainan, Jeonbuk Hyundai kembali mendapat rentak apabila berjaya menjaringkan gol pertama pasukan menerusi pemain sayap, Chang-hoon Kwan sekaligus merapatkan jurang jaringan.

Separuh masa pertama tamat, Selangor 2-1 Jeonbuk Hyundai.

Pada minit ke-59 permainan, Pertahanan Selangor, Quentin Cheng terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Fazly Mazlan. 

Peluang terbaik Jeonbuk Hyundai menerusi pemain gantian, Park Jeon-Beom yang hampir menyamakan kedudukan namun hanya singgah di palang gol pada minit ke- 76 permainan.

Pemain sayap Selangor, Yohandry Orozco dilayangkan kad merah selepas menerjah keras ketua pasukan Jeonbuk, Ja-ryong Kop pada minit masa tambahan 90 permainan.

Tujuh minit waktu kecederaan yang diberikan sebelum tamat aksi tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Selangor cipta kemenangan kedua dalam saingan ACL2.

The Red Giants ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan H dengan 7 mata berbeza satu mata dengan Jeonbuk Hyundai yang berada di tangga kedua. 

Selepas ini, skuad kendalian Nidzam Jamil akan bertemu semula Jeonbuk Hyundai pada bulan hadapan, 7 November di Stadium Jeonju, Korea Selatan.