Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa renungan mata pemain Harimau Malaya, Faisal Halim masih sama.
Beliau ketika ditemui media hari ini memberi gambaran positif tentang perkembangan terbaru pemain berusia 26 tahun itu yang kini memdapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam.
Tonggak penting gergasi Merah Kuning itu mengalami kelecuran tahap 4 selepas diserang individu misteri dengan menggunakan cecair yang difahamkan asid.
Menerusi perkembangan yang dikongsikan oleh YB Hannah, Faisal menunjukkan perkembangan positif dalam sesi pemulihannya.
Katanya, renungan mata anak jati Pulau Pinang itu masih sama dan kekal membara untuk berjuang sebaik mungkin terhadap keadaan terkini kesihatannya.
“Beliau ada peluang yang bagus untuk pemulihan sekarang. Renungan mata dia masih sama walaupun terlantar walaupun sakit.
“Walaupun kita senyum dan menunjukkan gerak mata, dia menunjukkan gerak balas positif (mengangguk,” jelas Hannah kepada Astro Arena.
Faisal Halim dilaporkan bakal menjalani prosedur implan kulit dalam memastikan kecederaan yang dialami selepas disimbah asid berjaya dipulihkan.
“Prosedur seterusnya implant kulit atau lebih tepat ‘skin allograft’ akan dilakukan ke atas Faisal Halim. Difahamkan ia adalah tempahan dari Belgium yang akan tiba di Malaysia minggu ini,” kongsi Fina Nasrom di laman X.