Reputasi Gah Vietnam Di Asia Tenggara Hilang Sekelip Mata
Asia Tenggara
AFC Asian Cup
Advertisements

Jaguh rantau Asia Tenggara, Vietnam hilang reputasi gah memasuki Kelayakan Piala Dunia 2026.

Anak didik Phillipe Troussier hilang rentak di pentas berprestij Asia Tenggara apabila tersingkir daripada peringkat kumpulan.

Keadaan bertambah buruk apabila gergasi Asia Tenggara ini tewas kepada Indonesia dengan keputusan 1-0 yang menyebabkan mereka pulang awal.

Advertisements

Menerusi kemas kini ranking FIFA 2024, Golden Star Warriors kehilangan status selaku pasukan nombor satu di Asia Tenggara kepada Thailand.

Pasukan kendalian Matasada Ishii berjaya merekodkan pencapaian hebat di Piala Asia 2023 apabila mara sehingga pusingan kalah mati sebelum ditundukkan oleh Uzbekistan dengan keputusan 2-1.

Persaingan sengit yang ditunjukkan sejak aksi peringkat kumpulan menyebabkan kedudukan nombor satu di Asia Tenggara telah bertukar tangan.

Advertisements

Thailand ketika ini berada di tangga ke-101 dunia (ke-1 di Asean) dengan 1207 mata selepas melonjak 12 anak tangga sementara Vietnam turun ke tangga 105 dunia dengan 1195 mata selepas mengalami penurunan 11 anak tangga.

Malaysia pula kekal selaku pasukan ketiga Asia Tenggara walaupun mengalami penurunan dua tangga FIFA ke kedudukan 132 dunia.

Tugas seterusnya menanti pasukan adalah aksi sambungan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac ini.

Advertisements

Indonesia akan sekali lagi melayan Vietnam sementara Thailand akan menentang Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram