AFC Asian Cup: Vietnam Alami Dua Detik Buruk,  Status No.1 Asean Kini Terancam Hebat
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

Kedudukan Vietnam selaku jaguh nombor satu di rantau Asia Tenggara kini semakin terancam hebat selepas tewas kepada Indonesia dengan keputusan 1-0.

Skuad kendalian Phillipe Troussier terpaksa menelan hakikat selepas tewas kepada Timnas Indonesia menerusi jaringan tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam.

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Golden Star Warriors selaku jaguh Asean kini tergugat selepas jatuh 4 tangga ke kedudukan 99 dunia.

Advertisements

Vietnam kehilangan -23.18 mata yang diberikan kepada lawan sekaligus menyaksikan tamparan hebat selepas tumpas kepada Jepun dengan keputusan 4-2 tempoh hari.

Secara keseluruhan, Vietnam kehilangan -29.73 mata daripada dua kekalahan di Qatar dan secara rasminya tersingkir daripada saingan Piala Asia AFC 2023.

Thailand mengekori rapat kedudukan Vietnam selaku pasukan kedua Asean selepas merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Kyrgyzstan dan kini menghuni tangga ke-104 dunia dengan 1195 mata.

Advertisements

Malaysia kekal di tangga ketiga Asia Tenggara (ke-132 dunia) diikuti oleh Filipina (ke-139 dunia) dan Indonesia (ke-142 dunia).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram