Reaksi yang diberikan oleh pemain sayap Terengganu Fc, Akhyar Rashid menunjukkan tanda positif.
Pemain berusia 25 tahun itu terpaksa diketepikan pada perlawanan pembukaan Liga Super selepas mengalami kecederaan ekora diserang oleh individu misteri menggunakan cota.
Beliau bagaimanapun kembali perkuat skuad Peteh berdepan Penang sungguhpun perlawanan itu tamat tanpa sebarang jaringan.
Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner tidak mahu mengambil risiko terhadap pemain pinjaman JDT ini dan mahu beliau benar-benar bersedia untuk beraksi.
Tonggak penting Harimau Malaya ini memberikan kelegaan apabila respon positifnya telah memberikan senyuman buat peminat bola sepak tanah air.
“Bangga untuk dapat kembali beraksi buat pasukan ini,” jelas Akhyar Rashid di laman X.
Beliau juga telah dikunjungi oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon ketika aksi menentang Penang di Stadium Bandaraya.
Akhyar beraksi selama 77 minit pada aksi tempoh hari sebelum digantikan oleh rakan sepasukan, Nor Hakim Hassan.
Beliau dijangka akan tetap dipanggil bersama Harimau Malaya selepas Arif Aiman dan Faisal Halim masih dalam status tidak pasti ketika ini.