Advertisement
Arif Aiman Beri Khabar Duka Kepada Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memberi khabar duka kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Tonggak berusia 22 tahun itu diketepikan ketika skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan dan juga senarai pemain di bangku simpanan pada aksi pembukaan musim 2024/25.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio memaklumkan bahawa pemain sayap lincah itu mengalami kecederaan sekaligus terpaksa diketepikan dalam aksi pembukaan itu.

“Hector Bidoglio sahkan MVP Liga Malaysia, Arif Aiman megalami kecederaan, lapor wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Keadaan ini sudah pasti meresahkan kem negara menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menetang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei pada Jun ini.

Malaysia juga kini berdepan risiko untuk tidak mendapat khidmat Akhyar Rashid sungguhpun beliau kini sudah menjalani latihan bersama pasukan.

Keadaan tonggak Gergasi Merah, Faisal Halim juga tidak membolehkan beliau untuk beraksi selepas masih mendapatkan rawatan susulan serangan asid tempoh hari.

Kecederaan Arif Aiman bagaimanapun belum dapat disahkan dengan JDT bakal berdepan KL City bagi aksi ketiga Liga Super di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.