Bayang pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tidak kelihatan dalam skuad berdepan Negeri Sembilan.
Pemain berusia 22 tahun iu beraksi cemerlang dalam kempen pra-musim di Sepanyol dan berjaya mencatat nama selaku penjaring di sana.
Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ketiga itu juga membantu skuad Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi domestik yang dimenangi buat tahun kedua berturut-turut.
Tonggak penting Harimau Malaya itu bagaimanapun tiada dalam skuad Hector Bidoglio ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan.
Arif bagaimanapun kekal hadir bersama skuad apabila kelibatnya dirakam oleh lensa Johor Southern Tigers ketika turun di perkarangan stadium.
Hal ini memungkinkan faktor taktikal oleh pengendali kelahiran Argentina itu selepas beberapa tonggak lain turut direhatkan seperti Chico Geraldes, Nicolao Cardoso dengan nama-nama seperti Nazmi Faiz, Ramadan Saifullah, Zulhilmi Saarani dan Mohamadou Sumareh berada dalam skuad.
JDT memiliki tugas yang lebih berat pada aksi kedua apabila bertemu finalis Piala FA 2023, KL City di Stsdium Cheras pada 25 Mei 2024.
Skuad Harimau Selatan juga diberi penghormatan untuk menjulang Piala Sumbangsih sebelum aksi bermula.