JDT Terima Trofi Piala Sumbangsih
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya menerima trofi Piala Sumbangsih dalam satu sesi penyampaian trofi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Sesi penyampaian trofi Piala Sumbangsih 2024/2025 itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam kepada pengendali JDT, Hector Bidoglio dan kapten pasukan, Jordi Amat.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran di laman X sebentar tadi.

Advertisements

“Sesi penyerahan trofi Perlawanan Sumbangsih 2024-2025 oleh CEO MFL Datuk Stuart Ramalingam kepada pasukan JDT,” kongsi Zulhelmi di laman X.

JDT disahkan sebagai pemenang Piala Sumbangsih selepas pihak lawan iaitu Selangor FC bertindak menarik diri daripada beraksi dalam perlawanan tersebut tempoh hari.

Advertisements

Selain memenangi Piala Sumbangsih, JDT juga diberikan kemenangan percuma dengan keputusan 3-0 selepas penarikan diri Selangor.

Untuk rekod, trofi Piala Sumbangsih ini adalah trofi yang ke-27 dalam sejarah kelab gergasi dari selatan tanah air itu.

Advertisements

JDT bakal meneruskan saingan Liga Super dengan aksi kedua bertemu Negeri Sembilan FC petang ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram