Rezal Zambery Kesan Peningkatan Besar Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya berpuas hati dengan persembahan anak buahnya semasa menentang Kuching City FC pada 26 Ogos lalu.

Kelantan DN yang turun beraksi menentang Kuching City untuk aksi tertunda Liga Super terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah yang dibimbing Aidil Sharin Sahak.

Ad

The Cats meraih kemenangan tipis 1-0 menerusi bekas penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah. Ini juga merupakan kekalahan kelapan Kijang Emas dalam liga musim 2024/25.

Ad

Meskipun begitu, Rezal melihat ada peningkatan besar yang dipamerkan barisan pemain Kelantan DN bila menentang Kuching City.

Ini termasuk usaha menggempur kubu tuan rumah menerusi jentera serangan yang diketuai penyerang baru mereka, Layth Kharoub. Kelantan DN tidak bernasib baik kerana usaha mereka digagalkan penjaga gol The Cats, Shahril Saari.

Ad

Rezal percaya sekiranya peningkatan ini diteruskan, Kijang Emas akan kembali mengecapi keputusan positif tidak lama lagi.

Ad

“Kami telah menunjukkan sesuatu yang positif, saya gembira pemain telah melakukan banyak peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini.

Ad

“Ya, penjaga gol mereka menafikan beberapa cubaan tepat dan jelas kami tidak bernasib baik. Saya percaya jika kami mengekalkan keadaan ini, kami dapat memberikan sesuatu kepada KDN FC pada perlawanan selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rezal menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas ketua jurulatih, Park Jae-hong tidak dapat menyertai aksi di Kuching kerana masalah teknikal.

Selepas ini, Kelantan DN bakal berehat kerana tidak mempunyai perlawanan dalam minggu hari perlawanan ke-10. Mereka akan kembali pada minggu hari perlawanan ke-11 dengan turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 22 September ini.