Ads
Ricardo Pires Sandaran Baru Gol Negeri Sembilan
Transfer
Negeri Sembilan FC

Selepas melepaskan Mika Junco, Negeri Sembilan FC sah membawa masuk penyerang baru dari Brazil, Ricardo Pires.

Advertisements

Perpindahan penyerang berusia 37 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Sebelum menyertai Negeri Sembilan, Pires pernah beraksi untuk beberapa kelab Asia Tenggara. Antara kelab-kelab berkenaan ialah Persiraja Banda Aceh (Indonesia), Kanchanaburi, Kasetsart dan Khon Surat City (Thailand).

Advertisements
Advertisements

“Penyerang dari Brazil, Ricardo Pires Santos Junior kini menjadi rekrut terbaru buat skuad bimbingan K. Nanthakumar.

“Pires, 37, memiliki ketinggian 1.88m dan pernah beraksi di Liga 2 Indonesia bersama Persiraja Banda Aceh. Pires juga pernah beraksi di Liga Thai 2 bersama Kanchanaburi FC dan Kasetsart FC.

Advertisements

“Pires telah beraksi dalam 16 perlawanan dan menjaringkan 8 gol dalam saingan Liga Thai 2 pada musim lepas,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengendali Negeri Sembilan, K. Nanthakumar percaya kehadiran penyerang Brazil itu bakal menambah ketajaman pada jentera serangan pasukan itu.

“Saya yakin Ricardo mampu menghasilkan sesuatu untuk pasukan, ditambah dengan kelincahan Takumi sebagai pemain yang kreatif, kepantasan Hein di sayap, dan kekuatan fizikal yang dimiliki Jacque Faye,” katanya.

Pires bukan satu-satunya tonggak import baru yang memperkuatkan barisan Sang Rusa. Terdahulu, Negeri Sembilan mengumumkan perpindahan bekas tonggak import KL City FC, Sebastian Avanzini.

Selain Mika, pengurusan Sang Rusa turut memutuskan untuk tidak mengekalkan khidmat penyerang Korea Selatan, Lee Kwang-hui.

Advertisements

Ini menjadikan Pires, Avanzini, Jacque Faye, Takumi Sasaki, An Sang-su, Aliyu Abubakar dan Hein Htet Aung sebagai tonggak import Negeri Sembilan untuk baki musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram