Ridhwan Zainal Idam Kejutkan Oman
UltraSukan
Bahrain NT
Sponsors

Kapten skuad bola sepak pantai Malaysia, Ridhwan Zainal percaya pasukan itu mampu melakar kejutan ke atas Oman dalam aksi kedua Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025.

Hasrat Malaysia meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan D terbantut apabila tewas tipis 4-3 kepada Bahrain.

Ad

Bahrain mendahului menerusi Samoul Elsir Abdulla pada minit ke-11. Hafizal Mohamad memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi gol penyamaan seminit selepas itu.

Ad

Penjaga gol gantian Bahrain, Sayed Mohamed Hameed kembali meletakkan Bahrain di hadapan pada minit ke-19. Tiga minit selepas itu, Faris Iman Mahadi menjaringkan gol sendiri bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Norazman A. Bakar dan Ridhwan memastikan kedudukan 3-3 menerusi gol pada minit ke-24 dan 32. Isa Ghaleb memastikan kemenangan milik Bahrain empat minit selepas itu.

Ad

Meskipun tewas, Ridhwan tetap percaya dengan keupayaan skuad negara. Malah, beliau percaya Malaysia mampu mencipta kejutan ke atas Oman yang dianggap antara pasukan gergasi Asia.

Ad

“Ia satu kekalahan yang sukar kerana kita telah mencuba yang terbaik. Walaupun kita hanya membuat persediaan selama dua minggu, kita berupaya memberi tentangan sengit kepada pasukan seperti Bahrain.

Ad

“Pada akhirnya, tuah tidak memihak kepada kita. Kita tahu Oman satu pasukan yang telah layak ke Piala Dunia sebelum ini tetapi tidak mustahil untuk kita mampu memberi satu tentangan yang bagus,” katanya kepada AFC.

Skuad negara yang dibimbing Mohd Saiful Md Noor berdepan cabaran sukar selepas ini. Ini kerana Oman segar daripada kejayaan membelasah Vietnam 7-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Malaysia akan berdepan Oman untuk aksi kedua kumpulan pada 23 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments