Rizal Ghazali: Terima Kasih Kedah Bawa Saya Pulang
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain pertahanan baharu Kedah FC, Rizal Ghazali berterima kasih kepada KDA kerana membawa kembali beliau pulang ke Kedah.

Khidmat pemain berusia 31 tahun itu baru sahaja disambar oleh Kedah apabila perpindahan tersebut diumumkan oleh pengurus Sang Kenari menerusi satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Beliau juga menjelaskan banyak sebab pulang ke Kedah tahun 2024 ini, antaranya orang tua beliau tidak berapa sihat, perlukan perhatian yang penuh.

Advertisements

“Saya pulang ke Kedah atas banyak sebab terutamanya 2024 ni sebab saya rindu dengan keluarga, orang tua saya tak berapa sihat, apapun saya berterima kasih kepada KDA FC bawa sayang pulang kembali dan saya akan buat yang terbaik.”

Dalam pada itu, Rizal mengatakan akan memberikan komitmen yang terbaik buat pasukan Kedah dan mengharapkan penyokong memeriahkan kembali suasana di Stadium seperti sebelum ini.

“Saya harap penyokong diluar sana penuhkan kembali stadium macam sebelum ni. InsyaAllah 2024 ni saya percaya ada sinar,” katanya di platform media sosial Instagram kedahdarulamanfc.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram