Kedah Sambar Khidmat Rizal Ghazali
Transfer
KDA FC
Advertisements

Selepas Syafiq Ahmad, giliran Rizal Ghazali pula kembali menabur bakti dengan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Perpindahan tersebut diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Mohd Rizal Ghazali, pemain yang mencipta nama suatu masa dahulu bersama skuad Hijau Kuning dan antara pertahanan kanan terbaik pernah beraksi di Liga Malaysia.

Advertisements

“Selepas berkelana beberapa tahun, beliau kembali ke bumi Jelapang Padi menabur bakti,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum berkelana ke Negeri Di Bawah Bayu untuk menyertai Sabah FC, Rizal pernah bersama Kedah dari 2014 hingga 2021.

Beliau kemudiannya menyertai skuad Badak dan telah merekodkan 54 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC musim 2023-2024.

Advertisements

Mengikut data Transfermarkt, Rizal juga telah merekodkan tiga gol dan lapan bantuan gol bersama Sabah.

Keupayaan pemain pertahanan berusia 31 tahun itu beraksi di pelbagai posisi dijangka menjadi aset kepada Kedah yang dibimbing Nafuzi Zain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram