Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih wang ganjaran berjumlah RM6.22 Juta secara keseluruhan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio melakar kemenangan besar 5-2 ke atas Pohang Steelers untuk menempah tiket ke pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE).
JDT yang juga wakil tunggal Malaysia merekodkan 4 kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan sekaligus menduduki tangga keempat kumpulan dengan 14 mata.
Menerusi Peraturan Pengagihan Kewangan AFC, JDT telah mengumpul 1.4 Juta USD (RM6.23 Juta) iaitu 800,000 USD (RM3.56 Juta) hasil penyertaan di ACLE manakala baki 400,000 USD (RM1.78 juta) diberikan sebagai bonus prestasi hasil melakar empat kemenangan pada peringkat kumpulan.
Skuad Harimau Selatan telah merekodkan empat kemenangan bertemu Shanghai Shenhua (3-0), Ulsan HD (3-0), Central Coast Mariners (2-1) dan Pohang Steelers (5-2).
Baki 200,000 USD (RM900,000) pula diberikan sebagai subsidi perjalanan berikutan perlu beraksi di tempat lawan sebanyak empat kali iaitu Stadium Pudong, Stadium Yongin Mieru, Pusat Sukan Olimpik Jinan dan Stadium Central Coast.
Persembahan memberangsangkan JDT yang menempah tiket ke pusingan 16 membolehkan pasukan menerima tambahan penganjur wang tunai sebanyak 200,000 USD (RM889,000) bagi kelab yang layak.
Jumlah keseluruhan wang ganjaran yang diperoleh pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor adalah sebanyak RM6.22 Juta tidak termasuk jualan tiket dan barangan kelab.
JDT dijadualkan bertemu wakil Korea, Gwangju FC pada Pusingan 16 yang akan dimainkan secara timbal balik dalam misi untuk terus mencipta sejarah buat kelab Selatan tanah air itu.