Advertisements
Roberto Mancini Mohon Maaf
Asia
MakanBola
AFCAsiancup

“Sekali lagi saya mengulangi permohonan maaf saya kepada semua orang tentang keluar awal saya ke bilik persalinan sebelum tamat penentuan sepakan penalti,” Roberto Mancini. 

Kenyataan di atas merujuk kepada jurulatin pasukan Arab Saudi, Roberto Mancini yang memohon maaf kepada penyokong kerana tindakannya beredar dari padang semasa penentuan sepakan penalti berlangsung. 

Bekas jurulatih Itali itu amat berbangga dengan komited setiap pemain di atas padang dan mempamerkan aksi yang sangat bertenaga hingga tamat wisel permainan. 

Arab Saudi disingkirkan oleh negara ke-23 dunia, Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti (2-4) selepas seri 1-1 sehingga diheret ke masa tambahan. 

“Saya sangat berterima kasih kepada pemain berani kami yang menunjukkan ketabahan dan perwatakan dalam permainan yang sangat sukar, mereka memberikan segala-galanya,” katanya menerusi ciapan di laman twitter miliknya. 

Jurulatih berusia 59 tahun itu sangat gembira dengan reaksi penyokong yang sentiasa memberikan semangat kepada barisan pemain hingga tamat perlawanan. 

Tambahnya, beliau mahu terus fokus dengan tugasnya untuk membina sebuah pasukan yang lebih baik dari sebelumnya. 

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat kami yang membuat suasana yang menakjubkan semalam. Kami bekerja keras untuk pergi jauh dalam kejohanan ini tetapi gagal.

“Dengan sokongan dan kepercayaan anda, kami terus membina untuk masa depan bola sepak Saudi,” katanya.

Arab Saudi menamatkan saingan di peringkat kumpulan dengan cemerlangnya mengumpul 7 mata, 2 menang dan 1 seri.