Roberto Mancini Pantau 4 Pemain Berbakat Indonesia
Asia Tenggara
AFC Asian Cup
Advertisements

Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini telah mengesan bakat luar biasa empat pemain muda Indonesia selepas beliau menyaksikan aksi penentuan tempat ketiga, Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar di antara Indonesia dan Iraq.

Mancini dan Jurulatih Teknikal Arab Saudi, Fausto Salsano menyenaraikan Marselino Ferdinan, Justin Hubner, Ivar Jenner, dan Nathan Tjoe-A-On sebagai antara pemain yang menonjol.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Makanbola Indonesia dalam satu hantaran di laman Instagram sebentar tadi.

Advertisements

“Jurulatih skuad kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini, menyaksikan perlawanan skuad Indonesia Bawah 23 dan Iraq. Beliau bersama pelatih teknis Fausto Salsano menyenaraikan empat pemain Sang Garuda yang menonjol.

“Keempat pemain itu adalah Marselino Ferdinan, Justin Hubner, Ivar Jenner, dan Nathan Tjoe-A-On,” kongsi Makanbola Indonesia di Instagram.

Advertisements

Daripada empat pemain yang disenaraikan, dua daripadanya iaitu Justin Hubner dan Ivan Jenner nyata teruja apabila namanya dipantau oleh jurulatih hebat seperti Mancini.

Indonesia B-23 akan bertemu Guinea bagi satu lagi slot kelayakan ke Olimpik. Perlawanan yang dijadualkan pada 9 Mei ini akan dijalankan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram