Guinea Tentukan Nasib Indonesia
Asia Tenggara
AFC Asian Cup
Advertisements

Guinea bakal menentukan nasib Indonesia dalam misi untuk mara ke sukan Olimpik di Paris 2024.

Skuad kendalian Shin Tae-yong tewas 0-2 di tangan Uzbekistan dalam aksi separuh akhir Piala AFC B-23 di Qatar.

Kekecewaan sekali lagi menyelubungi kem Sang Garuda apabila Indonesia diberi tekanan hebat sebelum tumpas di tangan Iraq dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Hasrat untuk mara ke Olimpik kini masih terbuka sungguhpun Indonesia kini terpaksa pergi ke Paris selaku pasukan ke-4 terbaik.

Slot automatik kini menjadi milik tiga pasukan iaitu Uzbekistan, Jepun dan juga Iraq manakala Indonesia perlu mengharungi aksi play-off menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), Guinea.

Advertisements

Perlawanan itu dijadualkan di Centre National du Football de Clairefontaine, Perancis pada 9 Mei 2024.

Prestasi Guinea dalam kempen U-23 Africa Cup of Nations juga memberangsangkan sungguhpun kali pertama menyertainya.

Advertisements

Guinea mengalahkan Ghana dan juga Congo untuk mengakhiri cabaran selaku naib juara Kumpulan A selain menyukarkan misi Mesir dan juga Mali.

Kali terakhir Guinea mengharungi aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat pada 22 Mac lalu namun tewas dengan keputusan 3-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram