Selepas meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin sudah diura-urakan bakal kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak untuk mewakili Kuching City FC.
Kini, ura-ura tersebut menjadi realiti apabila The Cats mengumumkan perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu. Berita tersebut turut dikongsikan wartawan
Menariknya, perpindahan bekas pemain pertahanan Sang Kenari itu diumumkan menerusi video berkonsepkan permainan video EAFC 24.
“Selamat kembali Bonai (nama panggilan Rodney)! Bonai (ialah pemain) Kuching City,” kata kelab dalam satu kenyataan semalam.
Sepanjang bersama Kedah selama tiga musim, Rodney sudah merekodkan 51 penampilan dan satu gol.
Bagaimanapun, keinginannya kembali ke Sarawak dan isu kewangan yang membelenggu Sang Kenari mendorong kedua-dua pihak menamatkan kontrak secara persetujuan bersama pada akhir Oktober lalu.
Kehadiran Rodney dijangka memperkuat barisan pertahanan Kuching City untuk musim hadapan selepas mereka melepaskan 51 gol musim ini.
Perpindahan Rodney menyusuli pengumuman Yuki Tanigawa kekal membarisi The Cats pada musim hadapan.