Ads
Transfer
Kedah Darul Aman FC

Ramai terkejut apabila bek tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki kempen liga musim 2023.

Advertisements

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan sebab bek tengah berdarah Ghana-Malaysia itu meninggalkan Sang Kenari.

Advertisements

Difahamkan, pemain pertahanan Kedah itu memilih menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

Advertisements

Advertisements

“Rodney Celvin sah tinggalkan Kedah Darul Aman FC, tamat kontrak menerusi persetujuan bersama. Difahamkan, Rodney sertai Kuching City FC dengan kontrak 2 tahun,” katanya di X.

Walaupun sebab penamatan kontrak tidak didedahkan, ramai percaya ini didorong oleh masalah kewangan yang membelenggu Kedah ketika ini.

Advertisements

Perkara ini didedahkan pemilik mereka, Tan Sri Dr Daud Bakar dalam satu sidang media khas hari ini.

Rodney juga difahamkan memilih kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak untuk menyertai Kuching City FC dengan kontrak dua tahun.

Rodney dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dalam Kuching City. Ini kerana jurulatih Il Gatto, Aidil Sharin Sahak merupakan jurulatih lamanya di Kedah selama dua musim.

Advertisements

Bek tengah yang pernah beraksi untuk Selangor FC dan Sarawak itu dijangka memperkuat bahagian pertahanan Kuching City pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram