Tan Sri Daud Bakar Sedia Lepaskan Kedah
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Pemilik saham terbesar Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar tanpa berselindung mengakui sedia melepaskan pasukan kepada pihak terbaik demi kelangsungan bola sepak negeri tersebut.

Menerusi satu sidang media oleh Astro Arena yang diadakan pada hari ini, beliau memberitahu bahawa kelab menghadapi kekangan kewangan yang menyebabkan kewangan pasukan terjejas.

Beliau juga sedia bertanggungjawab sepenuhnya dan tidak mahu berlepas tangan dan mahu memadtikan segala tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Advertisements

Tan Sri Daud Bakar juga sedia menawarkan saham syarikatnya untuk membantu menyelamatkan pasukan Sang Kenari dan menyelesaikan tunggakan gaji para pemain.

Sambil itu, beliau tidak menafikan bahawa dirinya sanggup melepaskan kelab sekiranya mendapat tawaran yang berpatutan.

Advertisements

“Ya, kalau ada tawaran yang berpatutan dan boleh menampung segala kos dan dengan syarat kami sebagai lembaga pengarah kena berhati-hati. Tanggungjawab ini bukan kerana kewangan semata-mata. Kalau syarikat kami boleh jual kepada sesiapa.”

“Syarikat ada kepentingan untuk negeri dan negara. Ia mencerminkan tentang sesuatu kawasan. Bola sepak adalah wajah kepada sesebuah negeri. Pemilik baharu perlu lihat bahawa ya wang itu penting, tetapi membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi dengan cara Kedah yang tersendiri,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau memberitahu akan membuka tawaran kepada pihak yang berminat dan boleh memacu kelab selari dengan visi yang ditetapkan.

“Setakat ini sudah ada sekurang-kurangnya tiga yang berminat mengambil alih penuh tetapi separuh itu banyak.”

Advertisements

Beliau bagaimanapun optimis untuk terus memberikan yang terbaik dan membantu pasukan bersaing sebaik mungkin dalam misi merebur slot ke Asia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram